tak susah dalam mencari wasilah ke jalan-Nya, in shaa Allah.

Sunday, December 25, 2011

Pembedahan

Okayyy, selame ni aku tengok kat dalam televisyen je, rabu lepas,

Aku yang menngalaminya, berade di dalam bilik pembedahan bukan sesuatu

yang boleh dikatakan menarik. Tapi diselubungi perasaan takut yang amat

sangat !! Bila aku masuk je dalam bilik bedah, banyak kain warna hijau,

agak menyeramkan tapi menenangkan, mungkin sebab warna hijau tu kot,

tapi aku takot balik bile kene masuk jarum kat salur darah, dua kali

aku kena sebab yang first time tu masuk separuh je, lepas tu keluarkan balik,

Allah je yang tahu sakitnya macam mana kan, nurse letak palang antara leher

dengan kepala aku, aku tak tahu sebab apa, lepas tu nurse lagi satu masukkan

ubat ape entah, bius kot kat tangan aku, mula2 tak rasa apa2 tapi lama2 aku

rase sepanjang tangan aku tu rasa urat tegang sangat, mata aku dah pinar2,

rasa dunia macam berpusing kejap, dan lepas tu aku terus tak sedarkan diri,

Aku sedar mase pembedahan dah siap, ada salur bantuan nafas, aku di bawa ke

wad, tapi serius kepala aku macam berdesing, kesan ubat tu lama, aku pening2

lepas tu muntah2, merana betul, tapi tu la kan, dugaan Allah untuk aku,

Alhamdulillah, aku dah mula sembuh, syukur, THE END

2 comments:

♛ Azie Azra ♛ said...

adik sakit ke? alhamdulillah dah mula sembuh =)

mine said...

ohh,, alhamdulillah, hehe,, terima kasih kak, :DD